“Tidakkah kamu memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu, dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? mereka hendak berhakim kepada Thoghut, padahal mereka telah diperintahkan untuk mengingkari Thoghut itu, dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh jauhnya. Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", sincaya kamu lihat orang-orang munafik itu menghalangi (manusia) dari (mendekati) kamu dengan sekuat kuatnya. Maka bagaimanakah halnya, apabila mereka ditimpa sesuatu musibah disebabkan perbuatan tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu seraya bersumpah: "Demi Allah, sekali kali kami tidak menghendaki selain penyelesain yang baik dan perdamaian yang sempurna.” (QS. An nisa, 60).
“Dan apabila dikatakan kepada mereka (orang-orang munafik): "janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: "sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan” (QS. Al baqarah, 11).
“Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi ini sesudah Allah memperbaiki” (QS. Al A''raf, 56).
“Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki, dan tidak ada yang lebih baik hukumnya daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin” (QS. Al Maidah, 50)
Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidaklah beriman (dengan sempurna) seseorang diantara kamu, sebelum keinginan dirinya mengikuti apa yang telah aku bawa (dari Allah)" (Imam Nawawi menyatakan hadis ini shoheh).
As Sya''by menuturkan: "pernah terjadi pertengkaran antara orang munafik dan orang yahudi. Orang yahudi itu berkata: "Mari kita berhakim kepada Muhammad", kerana ia mengetahui bahawa bahawa beliau tidak menerima suap. Sedangkan orang munafik tadi berkata: "Mari kita berhakim kepada orang yahudi", kerana ia tahu bahawa mereka mahu menerima suap. Maka bersepakatlah keduanya untuk berhakim kepada seorang dukun di Juhainah, maka turunlah ayat:
Ada pula yang menyatakan bahawa ayat di atas turun berkenaan dengan dua orang yang bertengkar, salah seorang dari mereka berkata: "Mari kita bersama-sama mengadukan kepada Nabi Muhammad s.a.w., sedangkan yang lainnya mengadukan kepada Ka''ab bin Asyraf", kemudian keduanya mengadukan perkara mereka kepada Umar r.a.. Salah seorang di antara keduanya menjelaskan kepadanya tentang permasalahan yang terjadi, kemudian Umar bertanya kepada orang yang tidak rela dengan keputusan Rasulullah s.a.w.: "Benarkah demikian?", ia menjawab: "Ya, benar". Akhirnya dihukumlah orang itu oleh Umar dengan dipancung pakai pedang.
Kandungan bab ini:
1-Penjelasan tentang ayat yang terdapat dalam surah An Nisa'' <95>, yang didalamnya terdapat keterangan yang boleh membantu untuk memahami makna Thoghut.
2-Penjelasan tentang ayat yang ada dalam surah Al Baqarah<96>.
3-Penjelasan tentang ayat yang terdapat dalam surah Al A''raf<97>
4-Penjelasan tentang ayat yang ada dalam surah Al Ma''idah<98>.
5-Penjelasan As Sya''by tentang sebab turunnya ayat yang pertama (yang terdapat dalam surah An Nisa'').
6-Penjelasan tentang iman yang benar dan iman yang palsu
7-Kisah Umar dengan orang munafik
8-Seseorang tidak akan beriman (sempurna dan benar) sebelum keinginan dirinya mengikuti petunjuk yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
0 komentar:
Posting Komentar